Visi Sekolah
MENJADI SEKOLAH CONTOH BAHAGIAN SRI AMAN
MENJELANG TAHUN 2010
Misi Sekolah
- Meningkatkan kecemerlangan akademik dengan melaksanakan perancangan bersistematik dan berkesan
- Meningkatkan kecemerlangan dalam apa jua aktiviti kokurikulum hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan
- Meningkatkan sahsiah murid melalui pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti agama
- Meningkatkan pengurusan sekolah secara profesional melalui perkembangan staf / Selamat Pagi Guru dan mesyuarat staf
Slogan Sekolah
"BE THE BEST AMONG THE BEST"
Motto Sekolah
“BERDISPLIN BERILMU BERAMAL”
PENGERTIAN COGAN KATA
BERDISIPLIN
Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dalam semua aspek
BERILMU
Melahirkan murid-murid yang berpendidikan dan berilmu pengetahuan
BERAMAL
Mengamalkan budaya cemerlang, gemilang dan terbilang
Lencana/Logo Sekolah

- Warna Kuning Lambang Keislaman, kemurnian dan Lambang Raja Berpelembagaan
- Warna Hijau Warna kelembutan, suci, dan Kemurnian
- Bintang dan Bulan Sabit Lambang Keislaman Menjadi teras SK Agama SriAman
- Huruf A adalah Agama Islam
Bendera Sekolah

KUNING:
Lambang keislaman, kemurnian dan lambang
raja berpelembagaan
HIJAU:
Warna kelembutan, suci dan kemurnian
Lagu Sekolah
Kami murid SK Agama
Akan belajar bersungguh-sungguh
Hadapi cabaran rintasi halangan
Kejayaan jadi idaman
Agar jadi panduan
Dalam kehidupan
Moga jadi satu harapan
Berdisiplin, berilmu, beramal
Itulah cogankata kami
Rela berkorban demi meningkatkan
Prestasi dan mutu pelajaran
Ikrar Murid
Bahawasanya kami
Murid-murid SK Agama Sri Aman
Dengan ini berikrar akan sentiasa patuh
Kepada peraturan SK Agama Sri Aman
Kami sentiasa Menjunjung tinggi
Didikan dan budi guru-guru kami
Kami akan belajar
Dengan kesungguhan hati
Demi cita-cita murni kami
Menjadi muslimim dan muslimat sejati
Yang berdisilpin, berilmu dan beramal
Kami berikrar
Akan menyempurnakan tanggungjawab kami
Atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELURUHAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Sejarah Sekolah
- Ditubuhkan pada 1 Disember 1991 atas inisiatif penduduk Islam Bandar Sri Aman.
- Di penghujung tahun 1992, sekolah berpindah ke bangunan sementara yang dibeli oleh pihak Baitulmal Kuching di Jalan RTM lama.
- Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar sepanjang tahun 1993 sehingga 1995. Namun pada tahun 1996 struktur bangunan menjadi tidak selamat kerana seringkali berlaku banjir.
- Atas rasional ini, permohonan untuk mendapatkan satu tapak yang lebih selesa dan sesuai telah dibuat oleh Guru Besar ketika itu, En.Bakhtiar Hj Mohd Nor.
- Alhamdulillah, permohonan tersebut telah diluluskan. Pada bulan Oktober 1998 , Sekolah Rendah Bantuan Agama telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Bukit Bangku Sri Aman dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).
Enrolmen Sekolah
1. Enrolmen Guru
Guru Lelaki : 8 orang
Guru Perempuan :23 orang
2. Enrolmen Staf Bukan Guru
Staf Lelaki : 1
Staf Perempuan : 2
3. Enrolmen Murid
Tahun 1 : 47 orang - Lelaki (24) Perempuan (23)
Tahun 2 : 49 orang - Lelaki (27) Perempuan (22)
Tahun 3 : 53 orang - Lelaki (25) Perempuan (28)
Tahun 4 : 38 orang - Lelaki (19) Perempuan (19)
Tahun 5 : 52 orang - Lelaki (31) Perempuan (21)
Tahun 6 : 50 orang - Lelaki (26) Perempuan (24)
Guru Lelaki : 8 orang
Guru Perempuan :23 orang
2. Enrolmen Staf Bukan Guru
Staf Lelaki : 1
Staf Perempuan : 2
3. Enrolmen Murid
Tahun 1 : 47 orang - Lelaki (24) Perempuan (23)
Tahun 2 : 49 orang - Lelaki (27) Perempuan (22)
Tahun 3 : 53 orang - Lelaki (25) Perempuan (28)
Tahun 4 : 38 orang - Lelaki (19) Perempuan (19)
Tahun 5 : 52 orang - Lelaki (31) Perempuan (21)
Tahun 6 : 50 orang - Lelaki (26) Perempuan (24)