Sunday, July 18, 2010

Jasamu dikenang - Hari Guru Peringkat Sri Aman 2010 (VVIP)








8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah

8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah

Posted in March 29th, 2008 by Cikgu Bashid in Hal Ehwal Murid
http://gurubashid.com/blog/hal-ehwal-murid/beberapa-pendekatan-pengurusan-bilik-darjah.html


1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.

2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.

3.Pendekatan Cookbook Management
Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)
Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses Kumpulan
Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

Saturday, July 17, 2010

Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sri Aman 2010









Pasangan Bahagia

Kompak dan boleh laras

ARKIB : 12/07/2010

Kompak dan boleh laras


Masaki Matsumae (dua dari kiri) memperkenalkan model kamera DSLR terbaru daripada Sony, NEX-3 dan NEX-5 pada pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


NIPIS, ringan, bersaiz ultra kompak serta dilengkapi kelebihan lensa boleh laras. Itu yang ditawarkan oleh kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) terbaru daripada syarikat peneraju produk elektronik terkenal, Sony Malaysia (Sony).

Tidak kira anda jurukamera amatur mahu pun profesional, aplikasi model NEX-3 dan NEX-5 ini pasti akan memberi kepuasan kepada aktiviti pengimejan.

Menurut Timbalan Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Pengguna Sony Malaysia, Masaki Matsumae, pengenalan dua model tersebut adalah untuk memenuhi kehendak pengguna yang mahu merakam gambar berkualiti di mana sahaja mereka berada.

"Dengan segala kelebihan ini, ia bakal menawarkan aktiviti rakaman foto yang lebih fleksibel, tepat dan menarik,'' katanya pada pelancaran model tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

NEX-3 dan NEX-5 yang dilengkapi sensor Exmor APS HD CMOS menawarkan rakaman imej 15 kali lebih jelas daripada kamera kompak biasa dengan kurang bunyi bising.

Menerusi kelebihan resolusi 14.2 megapiksel, kedua-dua kamera ini berupaya merakam imej dalam keadaan cahaya rendah tanpa sokongan flash atau tripod.

Bagi operasi pelarasan lensa, pengguna ditawarkan dengan beberapa pilihan lensa seperti lensa sudut luas, lensa pemfokusan standard, lensa pemfokusan tinggi, lensa keluasan ultra dan lensa fisheye.

Dari segi paparan pula, ia dilengkapi skrin LCD Xtra Fine bersaiz tiga inci dengan nisbah keluasan 16:9 serta diintegrasikan bersama teknologi TruBlack.

Untuk fungsi rakaman video, NEX-3 boleh merakam visual definisi tinggi (HD) dalam format MP4 sementara NEX-5 mampu merakam video HD penuh berformat AVCHD.

Keunikan lainnya ditampilkan pada fungsi 3D Sweep Panorama di mana pengguna boleh menjalankan rakaman berkualiti tinggi secara tiga dimensi (3D).

Dengan berat hanya 229 gram (g) dan ketebalan lebih kurang 24.2 milimeter (mm), ia mudah untuk dibawa dan digunakan di mana-mana sahaja.

NEX-3 yang ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan silver serta NEX-5 dengan warna hitam, perak, kelabu dan merah kini boleh diperoleh di pasaran dengan harga bermula daripada RM1,999.

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_02.htm

Sukan Sekolah-sekolah ASEAN setanding dengan Sukan Komanwel 1998

ARKIB : 12/07/2010

ASG setanding Sukan Komanwel 98

PUTRAJAYA 11 Julai - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selaku tuan rumah Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN (ASG) kali kedua perlu memastikan ia setanding dengan Sukan Komanwel 1998 dari segi penganjuran dan pencapaian.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, penganjuran Sukan Komanwel 1998 menerima pengiktirafan daripada Commonwealth Games Federation (CGF) sebagai penganjuran acara sukan yang terbaik sehingga sekarang.

"Pencapaian kontinjen Malaysia juga sangat gemilang apabila berjaya menduduki tempat keempat daripada 72 negara yang mengambil bahagian," katanya yang dipetik dari Buletin ASG ke-2, baru-baru ini.

Dalam temasya yang kedua terbesar selepas Sukan Olimpik itu, Malaysia berjaya mengutip 10 pingat emas, 12 perak dan 14 gangsa.

Beliau yang menggalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan pada waktu itu memberitahu, atlet negara menjalani satu siri latihan yang memakan masa enam tahun sehingga membolehkan mereka bertanding di peringkat tersebut dan mencapai kejayaan cemerlang.

"Melalui penganjuran Sukan Komanwel juga, negara mempunyai kemudahan sukan bertaraf dunia seperti Kompleks Sukan Bukit Jalil, kolam renang dan stadium yang lengkap untuk penganjuran apa juga acara sukan di peringkat antarabangsa," jelasnya.

Tambah beliau, melalui penganjuran Sukan Komanwel itu, acara sukan yang lain juga lebih mudah dikelolakan dan yang paling penting ialah dapat melahirkan jaguh-jaguh sukan negara.

"Negara tidak boleh dikira sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang sukan jika penganjuran sahaja cemerlang namun pencapaian atlet negara tidak memberangsangkan," jelas beliau.

Beliau memberitahu, itu antara pengalaman berguna yang diperolehnya semasa mempengerusikan jawatankuasa penganjuran sukan pada masa itu dengan menggunakan segala aspek pengelolaan Sukan Komanwel.

Mengulas penyertaan dan penganjuran Malaysia dalam ASG kedua dari 12 hingga 21 Julai ini, Muhyiddin berharap agar kontinjen negara berjuang bersungguh-sungguh menaikkan nama negara dan bertanding atas semangat kesukanan yang tinggi. Selain itu mengambil kesempatan dalam meningkatkan hubungan seterusnya membentuk jambatan penghubung antara Malaysia dengan negara-negara Asean.

"Sebagai tuan rumah, kita mengharapkan negara akan mampu membuktikan kecemerlangannya dalam temasya sukan ini," ujarnya.

Sementara itu, mengenai matlamat mewujudkan dasar 1Murid 1Sukan, beliau berkata, ia telah lama terkandung dalam Dasar Pendidikan Negara bagi membangunkan modal insan yang sempurna dan mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam segala bidang secara holistik.

"Kita tidak hanya menumpukan pencapaian dalam bidang akademik sahaja malah kita mahu murid-murid ini mahir dan cemerlang dalam bidang kokurikulum.

"Penekanan diberikan dalam pembangunan sukan kerana 1Murid 1Sukan bertujuan memastikan tiada seorang pun murid yang terkeluar atau tidak terlibat dalam bidang sukan kerana ia mempunyai banyak faedah dari segi markah kredit selain meningkatkan kecergasan dan kesihatan murid-murid untuk cemerlang dalam semua bidang," terangnya.

Tambah beliau, guru yang dipilih untuk membimbing murid-murid dalam bidang sukan ini mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang berkenaan serta dilatih, dibimbing serta ditauliahkan dalam jurusan tersebut.

"Kita mahu guru-guru tersebut diberikan latihan kerana dalam perancangannya beberapa Institut Pendidikan Guru (IPG) yang sedia ada akan dijadikan tempat untuk melatih guru-guru sukan.

"Di samping itu, bantuan dan kerjasama daripada badan-badan sukan yang mempunyai jurulatih, kemahiran dan kepakaran boleh didapatkan untuk membantu meningkatkan kemahiran guru sukan di sekolah itu," katanya lagi.

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

Astro Tutor saluran 100 khusus untuk UPSR

ARKIB : 16/07/2010

Astro Tutor saluran 100 khusus untuk UPSR

KUALA LUMPUR 15 Julai – Astro hari ini melancarkan Astro Tutor TV melalui saluran 100 khusus untuk murid-murid yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketua Pendidikan Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, ia diterbitkan bagi membantu persiapan murid mengambil UPSR dan menyasarkan penonton kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun.

“Rancangan ini khusus untuk membantu murid sekolah rendah mengulang kaji pelajaran secara holistik.

“Ini termasuk menguasai tajuk yang sukar, motivasi diri, pengurusan masa dan kepentingan menjaga kesihatan menjelang peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan saluran baru Astro Tutor TV tersebut di pusat beli-belah Bangsar di sini hari ini.

Putri Yasmin menambah, penyiaran program di Astro Tutor TV mendapat khidmat nasihat daripada guru-guru yang berpengalaman dan mengikut silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

“Setiap kandungan dalam program tersebut direka dengan bantuan guru-guru yang berpengalaman dalam bidang akademik dan motivasi diri.

“Program tersebut juga dibentuk 100 peratus mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh kerajaan supaya kandungannya bersesuaian untuk UPSR,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan dan Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.

Ditanya tentang perancangan Astro untuk pelajar sekolah menengah yang akan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Henry berkata, mereka masih mengkaji dan mungkin akan melaksanakannya dalam masa terdekat.

sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

PERTANDINGAN BADMINTON SEMPENA HARI GURU BAHAGIAN SRI AMAN 2010 (17.7.2010) i




PERTANDINGAN BADMINTON SEMPENA HARI GURU BAHAGIAN SRI AMAN 2010 (17.7.2010) ii



SESI PERJUMPAAN IBUBAPA PELAJAR TAHUN 6 DAN TAKLIMAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 SESI 2011 (17.7.2010) ii