Kokurikulum SK Agama Sri Aman
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SRI AMAN TINGKAT 2, WISMA PERSEKUTUAN JALAN ABANG AING 95000 SRI AMAN SARAWAK
Monday, May 4, 2015
BITCOIN MATAWANG INTERNET
**** BITCOIN BITCOIN BITCOIN BITCOIN ****
Bitcoin ni adalah satu digital currency yang di terima pakai oleh lebih 500,000 busines seluruh dunia
Seperti ebay, google, microsoft, dell dan lain2 lagi dan secara dasarnya kita boleh saje membeli sendiri bitcoin di pasaran dan simpan then buat duit bila harga menaik ...industry bitcoin bermula sejak 6 tahun lepas y2009 dan semasa dilancarkan hanyalah sen-sen sahaja...tetapi sekarang harga mencecah usd200+/bitcoin.
KELEBIHAN BITCOIN:
Kelebihan bitcoin sebagai digital money atau crypto currency -ianya tidak ada organisasi, badan kerajaan atau individu yang control dan pihak lain tidak boleh
Menganggu bitcoin yang kita miliki Berbanding wang kertas walaupun dlm bank, bank blh freeze akaun kita atas arahan bank negara.
Dan bila kita berbelanja menggunakan bitcoin tiada fees spt kita guna wang biasa.
Banyak orang yang telah menjadi jutawan senyap melalui bitcoin...industry yang semakin berkembang
Ramai orang dalam dunia membeli bitcoin dan simpan sahaja termasuk orang2 kaya spt
Li Ka Shing multi billionaire asia, Sir Richard Branson pemilik Virgin Corporation, Bill Gates, dan ramai lagi ....mereka membeli dalam qty yang besar...banyak nama-nama besar dalam industry ini...mereka mencipta kekayaan dengan menyimpan untuk future.
TETAPI KITA BUKAN ADA BANYAK WANG UNTUK MEMBELI DALAM QTY YANG BANYAK DAN SIMPAN SEPERTI NAMA2 BESAR YANG KAYA RAYA.
JADI PILIHAN YANG BAGUS YANG KITA ADA APABILA BITCLUB DITUBUHKAN.....(so sekarang rahsia buat income bermula...)
APA YANG BERLAKU ??? Di sini bersama bitclub...kita tidak beli dan sekadar simpan tetapi kita juga buat untung besar melalui proces mining.
YA MINING ( sama saja mcm lombong emas..lombong bijih )...
Mining ni spt melombong tapi melalui cara digital menggunakan software komputer mengunakan perisian yang sgt mahal harganya dan belanja yg besar, hanya orang kaya atau syarikat2 besar yang blh melakukannya.
KENAPA BITCLUB ( BUAT DUIT DENGAN BITCLUB...tengok betul-betul ya).....
Bitclub di tubuhkan utk orang biasa mcm kita blh mendapat faedah dalam mining bitcoin dan seterusnya kita mendapat income tetap hasil mining tadi...so takdelah orang yang kaya sorang-sorang kat sini....tak mcm dulu..org simpan jer tunggu harga naik dan kalau mining pun taknak ajak kite.
Di malaysia kita adalah team yang leading untuk industri bitcoin sekarang..Takkan taknak ambil peluang kan???.banyak lagi yang saya belum huraikan..ini hanyalah sekadar pengenalan...
Sunday, February 16, 2014
http://novelmelayuterpakaidijual.blogspot.com/
Tuesday, September 28, 2010
Friday, August 6, 2010
Monday, August 2, 2010
Saturday, July 31, 2010
Bangkai buaya hanyut di wharf Sri Aman
Bangkai buaya hanyut di wharf Sri Aman

Caption: YE YE MATI PUN BOLEH MASUK PAPER...Foto sumbangan United Daily News menunjukkan bangkai buaya yang terapung di Ulu Sungai Batang Lupar sebelum ia dipercayai hanyut ke kawasan jeti Dermaga Perdagangan Sungai Batang Lupar awal pagi hari ini.
SRI  AMAN, Rabu (28 Julai) – Orang ramai gempar hari ini apabila seekor  bangkai buaya ‘katak’ sepanjang 10 kaki panjang dengan lebar 40  sentimeter hanyut ke bawah jeti Dermaga Perdagangan Sungai Batang Lupar  Sri Aman awal pagi hari ini.
Utusan  Sarawak yang bergegas ke kawasan dermaga berkenaan pada 7.40 pagi hari  ini mendapati bahawa kawasan sekitar jeti terbabit sedang busuk  dipercayai datangnya dari bangkai buaya yang berada di bawah jeti  berkenaan.
“Bangkai  buaya berkenaan mulanya hanyut di luar kawasan jeti ini setengah jam  yang lalu. Bagaimanapun disebabkan oleh faktor arus air hasil kejadian  pasang surut maka bangkai berkenaan mungkin telah hanyut di bawah jeti  ini.
“Tidak  saya bayangkan jika bangkai buaya terus berada di bawah jeti ini. Bau  busuk dari bangkai buaya berkenaan mungkin tidak akan menyebabkan orang  ramai tidak dapat goyang kaki ketika minum di gerai jeti ini pada waktu  petang,” kata seorang penduduk yang mendakwa melihat bangkai buaya  berkenaan sebelum itu.
Disebabkan  oleh faktor keselamatan kawasan jeti berkenaan, kakitangan Utusan  Sarawak tidak berupaya untuk mengambil gambar bangkai buaya terbabit  yang tidak diketahui punca kematiannya sebelum itu.
Bagaimanapun  Utusan Sarawak yang melakukan siasatan lanjut berhubung perkara ini  yakin bahawa bangkai buaya berkenaan telah hanyut dari kawasan hulu  Sungai Batang Lupar di Engkilili ketika berlaku proses pasang surut di  sungai berkenaan.
Akhbar  United Daily News pada tarikh 28 Julai melaporkan seorang pekebun di  Engkilili menemui bangkai seekor buaya katak sepanjang 10 kaki yang  terapung di sungai berdekatan kawasan kebunnya kelmarin.
Laporan  terbabit turut memberitahu bahawa buaya berkenaan mungkin telah mati  semenjak tiga atau empat hari yang lepas dan dihanyutkan oleh faktor air  pasang surut di Sungai Batang Lupar sehingga ke kawasan jeti terbabit  bermula dari malam tadi hingga awal pagi hari ini.
http://sriamannews.blogspot.com/2010/07/bangkai-buaya-hanyut-di-wharf-sri-aman.html
20,000 saksi kibar Jalur Gemilang
20,000 saksi kibar Jalur Gemilang
KANGAR 31 Julai - Kira-kira 20,000 penonton dijangka menyaksikan pelbagai persembahan yang akan dijayakan kira-kira 3,000 peserta sempena pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan di Stadium Utama di sini malam esok.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli berkata persembahan sempena pelancaran gilang-gemilang itu akan tetap diteruskan walaupun hujan.
Pelancaran Kibar Jalur Gemilang itu akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serentak dengan bermulanya sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 bertemakan "1Malaysia Menjana Transformasi".
Katanya, beliau mengakui cabaran persiapannya amat berat kerana ini kali pertama ia dilakukan secara besar-besaran kerana sebelum ini program kibar Jalur Gemilang dibuat secara kecil-kecilan.
Raptai persembahannya telah disaksikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada Khamis lalu.
Norliza berkata, apa yang dilakukan pada persiapan akhir itu ialah memastikan segalanya berjalan lancar esok apabila acara bermula pada pukul 8 malam.
Selain acara padang termasuk perarakan Jalur Gemilang gergasi, turut diadakan ialah persembahan aksi hebat Wira Merah, kumpulan akrobatik motosikal yang menjadi kebanggaan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD).
Antara aksi hebat yang bakal dipertontonkan ialah menunggang motosikal sambil memetik gitar, menampi padi sambil menaiki motosikal bergerak dan pelbagai aksi yang mendebarkan.
Perarakan 20 jenis kereta nasional keluaran Proton juga akan diadakan selain acara mendirikan simbol 1Malaysia gergasi di tengah padang oleh kumpulan peserta persembahan.
Antara tetamu yang dijangka hadir pada pelancaran itu termasuk Rais dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu.
Tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja akhir di Stadium Utama itu termasuk pemasangan permaidani merah dan hiasan bunga sedang giat dilakukan.
Sambutan Bulan Kemerdekaan itu yang bermula dengan pelancaran Kibar  Jalur Gemilang di Perlis akan berakhir dengan dengan sambutan Hari  Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 16 September ini manakala  sambutan Hari Kebangsaan akan berlangsung 31 Ogos ini di Stadium Putra  Bukit Jalil di Kuala Lumpur. — BERNAMA
Serah pada TPM Ogos
Serah pada TPM Ogos
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 31 Julai - Hasil perbincangan dua meja bulat mengenai cadangan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu lalu akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri sebelum hujung Ogos ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, buat masa ini, semua hasil perbincangan tersebut, termasuk laporan akhbar serta e-mel daripada orang ramai mengenai cadangan pemansuhan itu sedang diperhalusi.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
''Kita tengah menyediakan laporan untuk Menteri Pelajaran (yang juga Timbalan Perdana Menteri) dan sekiranya ia berjalan lancar, laporan itu akan siap sebelum akhir bulan depan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-37 di sini, hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut menerima tajaan bagi pertandingan itu sebanyak RM165,400 daripada Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Bank Rakyat).
Sementara itu, mengenai pertandingan tersebut, Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya) menjuarai bahas Bahasa Inggeris manakala bagi Bahasa Melayu pula dimenangi Sekolah Datuk Abdul Razak (Seremban, Negeri Sembilan).
Masing-masing membawa pulang piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM4,000.
Pembahas Terbaik bagi Bahasa Inggeris dimenangi oleh Muhammad Aiman Sabeh Mohd. Shahib dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Ipoh, Perak) manakala Adzlan Qushaimi Jamaludin dari Sekolah Datuk Abdul Razak pula sebagai Pembahas Terbaik Bahasa Melayu.
Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htmJaga gigi anak
Jaga gigi anak
KEBANYAKAN ibu bapa memandang remeh penjagaan gigi anak-anak. Justeru, tidak hairan apabila gigi susu yang sepatutnya mula longgar pada usia enam tahun mengalami kerosakan dan terpaksa dicabut seawal usia tiga tahun.
Pembentukan gigi bayi sebenarnya bermula di peringkat janin. Oleh itu, pengambilan makanan ibu terutama kalsium ketika hamil sangat penting dalam mempengaruhi pembentukan gigi dan janin itu sendiri.
Mitos setiap kali hamil ibu akan kehilangan sebatang gigi atau gigi reput tidak benar dan boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang betul.
Ketika proses menyusu,, selepas bayi selesai menyusu, lapkan batas gusinya menggunakan tuala basah dengan lembut.
Ini bagi mengelakkan sisa susu tertinggal dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang.
Gigi susu tumbuh pada usia enam bulan. Set gigi susu lengkap hanya akan muncul pada usia dua tahun setengah.
Ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu bapa boleh memperkenalkannya dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak.
Perlu disedari di bawah setiap batang gigi susu ada gigi kekal yang akan tumbuh mengikut masa yang sepatutnya.
Sebab itu penjagaan gigi susu penting supaya tidak rosak kerana akan menyukarkan gigi kekal untuk tumbuh dengan baik.
Apabila gigi kekal tumbuh tanpa panduan gigi susu, ia tidak akan tumbuh dengan kedudukan yang baik.
Ia antara punca kedudukan gigi yang lintang pukang dan tidak cantik serta memerlukan bantuan pendakap gigi.
Oleh itu, untuk mendapatkan gigi yang cantik, penjagaan dari peringkat awal adalah penting.
Ajar anak-anak menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan ibu bapa juga menjaga gigi dan jika boleh lakukannya bersama anak mereka.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm