8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah
Posted in March 29th,  2008 by Cikgu Bashid in Hal Ehwal Murid
http://gurubashid.com/blog/hal-ehwal-murid/beberapa-pendekatan-pengurusan-bilik-darjah.html
1.Pendekatan  Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan  perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata  yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.
2.Pendekatan  Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan  dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan  memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
3.Pendekatan  Cookbook Management
Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh  dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan  perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini  disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai  sumber.
4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang  positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan  (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami  tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.
5.Pendekatan  Permisif (Kebebasan)
Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar  dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru  memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk  bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.
6.Pendekatan  Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan  tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak  diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap  tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk  memodelkan tingkah laku yang diingini.
7.Pendekatan Pengajaran
Proses  pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat  memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas  mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan  suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta  penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
8.Pendekatan Proses  Kumpulan
Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu  sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan  satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang  melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan  aktiviti di dalam bilik darjah.
No comments:
Post a Comment