Wednesday, July 14, 2010

Tip Penggunaan Telefon Berkamera

Jika anda adalah salah seorang daripada jutaan pengguna yang mempunyai telefon berkamera dan mahukan gambar yang terbaik, berikut adalah beberapa tip yang perlu anda ikuti.

telefom-camera

Telefon berkamera

1. Ambil gambar seberapa banyak yang boleh. Golongan profesional akan mengambil ratusan gambar foto daripada pelbagai sudut dan posisi. Kemudian pilih yang mana terbaik dan buang yang lain. Anda juga boleh cuba mengambil foto dengan cara yang berlainan.

2. Pegang kamera dengan baik, gunakan kedua-dua tangan jika boleh dan tekan bebutang dengan baik. Kebanyakan imej yang dihasilkan adalah kabur kerana pergerakan ketika anda hendak menekan bebutang. Jika suasana sekeliling agak suram anda boleh pastikan yang kamera anda juga disuramkan dengan meletakkannya di sebelah pokok atau objek besar.

• Pencahayaan
• Pemandangan
• Penyelenggaraan

Pencahayaan

Berhati-hati dengan kualiti dan arah cahaya. Masa yang paling baik untuk merakam foto adalah dalam cahaya luar yang terang dan ruang bilik yang penuh dengan cahaya. Dalam cahaya seperti ini foto anda akan menjadi cantik. Jika dalam cahaya matahari yang terang pastikan yang anda membelakangkan objek yang hendak diambil fotonya. Cara ini mengelakkan kamera anda terdedah dengan cahaya yang berlebihan dan membuatkan objek lebih mudah diperhatikan. Untuk merakam warna yang baik pula, masa yang sesuai adalah senja atau syuruk di mana cahaya matahari masih kurang panas.

1. Dalaman, gunakan flash (jika ada) atau posisikan subjek berhampiran tetingkap di mana ada cahaya dari luar.

2. Gunakan cuaca. Hujan, salji atau kabus memberikan anda foto yang terbaik. Jika ia hujan atau salji pastikan kamera anda dilindungi daripada terkena air atau ais. Pastikan yang anda berada di sebalik tingkap kereta atau rumah ketika merakam imej.

layar-internet-hp

Tambah lagi memori kepada telefon anda

Pemandangan

1. Apabila mengambil potret individu atau kumpulan, dapatkan kumpulan itu rapat serapat yang mungkin supaya muat pada bingkai imej. Jangan berdiri terlalu jauh daripada kamera kerana ini akan membuatkan imej anda kabur. Jangan memakai topi atau kaca mata hitam. Dapatkan juga latar belakang yang baik.

2. Untuk imej aksi, seperti meniup lilin pada kek harijadi, perhatikan aksi dan baru rakam. Kelewatan ini adalah sesuai untuk kamera digital.

3. Pada gambar lanskap tambah subjek pada bahagian depan. Tambahan ini merupakan rumah, atau apa sahaja untuk memberikan imej itu suatu titik menarik. Pastikan juga anda bermain dengan garisan horizon. Dengan cara ini anda pasti akan mendapat gambar yang sesuai yang lengkap dengan awan dan latar belakang yang menarik.

3. Pada konsert dan acara awam, rakamkan konsert itu secara keseluruhan dan tidak hanya kepada penghibur itu sahaja kerana anda tidak akan dapat merakam imej yang baik dari jarak yang jauh.

Penyelenggaraan

1. Pastikan telefon kamera anda sentiasa bercas.

2. Muat turunkan gambar-gambar dengan kerap, untuk membebaskan muatan memori untuk gambar-gambar lain.

3. Tambah lagi memori kepada telefon anda. Lebih banyak memori, lebih banyak foto yang boleh dirakam dan lebih banyak saat-saat indah dapat dirakam. Jika anda sedang melancong, pastikan foto-foto anda disimpan ke dalam CD.

Sekarang anda boleh mengambil gambar-gambar yang menarik dengan telefon berkamera anda.

Sumber Maklumat: Majalah PC

No comments:

Post a Comment