TENANG...Seorang  pesakit buah pinggang sedang menjalani proses pencucian buah pinggang di  Pusat Hemodialisis, Hospital Bahagian Sri Aman baru-baru ini. Hospital  Bahagian Sri Aman kini mempunyai lima buah mesin hemodialisis manakala  dua lagi mesin ditelak dalam kedudukan sedia. Bagaimanapun pihak  Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan penambahan sebanyak lima  buah mesin Hemodialisis kepada pihak Hospital Sri Aman menerusi hasil  usaha Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis. Sebaik  sahaja sistem perawatan air Osmosis Secara Berbalik siap dipasang maka  kesemua lima buah mesin baru Hemodialisis terbabit akan dapat digunakan  selepas ini. Hospital Bahagian Sri Aman kini mempunyai seramai 26 orang  pesakit buah pinggang. Daripada jumlah itu, 12 orang pesakit kini  terpaksa menjalani proses pencucian buah pinggang di Hospital Betong.
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SRI AMAN TINGKAT 2, WISMA PERSEKUTUAN JALAN ABANG AING 95000 SRI AMAN SARAWAK
Wednesday, July 14, 2010
Mesin Hemodialisis baru kelak bakal bantu pengidap pesakit buah pinggang Simanggang
Labels:
Berita Sri Aman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment