Pesona putih prestasi unggul
|
|
SELEPAS menggamit pengguna dengan fungsi dan rekaan cemerlangnya, Blackberry Bold 9700 kali ini ditampilkan pula dengan pilihan warna putih yang cukup elegan.
Dibawakan oleh peneraju rangkaian telekomunikasi tempatan, Maxis Berhad (Maxis), pengguna yang mahu mendapatkannya perlu membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi laman web www.maxis.com.my.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke, tawaran itu adalah sebagai inisiatif Maxis menawarkan pengguna negara ini gajet dengan rekaan inovatif seiring kecemerlangan aplikasinya.
‘‘Model ini bukan sahaja disempurnakan bersama prestasi unggul, malah ia turut memberi perhatian kepada aspek reka bentuk dan daya penarik.
‘‘Walaupun ia kelihatan ringkas, namun penampilan warnanya yang elegan ini sudah cukup untuk menarik perhatian,’’ katanya.
BlackBerry Bold 9700 dengan pilihan warna putih ini kini boleh didapati dengan tawaran harga RM2,459 untuk pengguna pasca bayar Maxis.
Bayaran itu termasuk Pelan Perkhidmatan Internet Blackberry secara percuma selama 12 bulan yang menawarkan pengguna akses emel, mesej pantas, pelayaran Internet mobiliti tanpa had dan perkhidmatan rangkaian sosial.
Ia turut termasuk pakej suara, sistem pesanan ringkas (SMS), sistem pesanan multimedia (MMS) beserta rangkaian emel sehingga 10 akaun.
Tidak cukup dengan itu, peranti tersebut turut tersedia bersama aplikasi Word, Excel dan PowerPoint selain mempunyai keupayaan sambungan data 3.5G (7.2Mbps) sesuai untuk pelbagai aplikasi tugasan dan hiburan.
100 pengguna pertama yang membuat pembelian akan menerima aksesori percuma iaitu sarung kulit dan set kepala Bluetooth Jabra bernilai RM500.
Maklumat lanjut mengenai model ini boleh diperolehi dengan menghubungi talian 1800 821 123.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm
No comments:
Post a Comment